27 April 2011

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

26 April 2011

anak manja


Oreo nk berkongsi beberapa prinsip pengasuhan untuk mengatasi anak manja sehingga diharapkan perilaku anak itu akan berubah.

Prinsip2 itu adalah:

1. Sediakan peraturan yang jelas utk anak. Contohnya ada waktu utk tidur, mkn, bermain, makanan yang boleh atau tidak boleh dimakan anak dan peraturan lain.
2. Anak boleh memilih tetapi pastikan bahawa pilihan tersebut mmg sesuai untuknya. Misalnya, bkn memberi pilihan utk tido siang atau tidak, kerana anak pasti akan menjawab tidak. Namun pilihan untuk tidur siang atau berehat di kamar sambil membaca buku.
3. Terlalu byk larangan akan menyebabkab anak tidak percaya diri dan takut untuk mengeksplorasi persekitaran.
4. Peraturan harus konsisten dan jangan menyerah pada rengekan anak, ibu bapa harus bersikap tegas terhadap peraturan yang telah dibuat.
5. Konsekuensi terhadap perlanggaran peraturan harus diberikan sesegera mungkin
6. Beri penghargaan atas setiap kejayaan anak dan jika anak bersabar atas larangan ibu bapa
7. Biarkan anak berekplorasi, namun pastikan bahawa persekitaran selamat untuk anak.
8. Dorong anak untuk melakukan sesuatu sendiri sesuai dgn tahap usianya. Misalnya membuka seluar sendiri utk anak berusia tiga tahun, menyiapkan keperluan sekolah sendiri utk anak berusia tujuh tahun. Beri tanggungjawab pada anak sesuai dgn usianya.

25 April 2011

Kurang enak. . . . .badanku

Weekend yg amat penat. Menguruskan anak-anak dan suami. Hal ehwal rumahtangga pun kena buat jgk. Dah jd tanggungjawab pada pompuan yg berkerjaya yg tk ada pembantu umah ( ceh. . .ceh. . .) mcm la pompuan2 lain kt luar sana tk bekerja tk jd ibu, tk jd isteri dan tkde pembantu umah. btul tak. Tkde la merungut, selalu oreo mmg tk kesah pn, suka je bila dtg ari minggu sbb masa ni la nk kemas2 rumah dgn En.H, main dgn anak2, masak best2 ( hari biasa masa amat terbatas ). Tapi disebabkan oreo terkena penyakit dan serangan. . . . .
Sakit kepala yang sakit sangat. Oreo jarang kena, ntahla migrain ke ape ke disertai dgn sakit2 satu bdn dgn sakit tekak. Mmmmm nk demam urat kot...tapi nasib baik En. H urutkan sket2. Lega. Rasa nk MC jer tp masih larat lagi....

22 April 2011

Bapa Mithali suami mithali idaman wanita

suami mithali bapa mithali memang menjadi idaman perempuan di seluruh pelusuk dunia. Siapa yang tak nak ''berlakikan''ciri-ciri yg macam tu. Jujur saya katakan, zaman nie sukar untuk mencari lelaki yang berkualiti sedangkan nilai itu lebih penting berbanding $$$$. Anak dan bapa tidak seharusnya terbatas oleh jarak pemisah. Nilai penting yang perlu ada dalam diri seorang bapa dan suami tentunya kesabaran dan bijak memahami sifat serta tingkah laku anak. Beruntung seorang wanita jika berdampingan dengan lelaki yang ringan tulang membantu kerja rumah, menguruskan anak, berkomunikasi dan tidak mengabaikan prestasi pendidikan anak. Hubungan yang rapat yang terbina mewujudkan satu situasi yang mana anak-anak lebih mendengar cakap, malah hormat terhadap bapanya.

Dalam Islam kemuliaan status bapa dinyatakan juga dalam hadis daripada Abdullah Ibn Amr, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:''keredaan Allah terletak kepada keredaan bapa dan kemurkaan Allah juga terletak kepada kemurkaan bapa.''(Hadis riwayat at-Tarmizi)

Kemahiran diperlukan seorang lelaki bergelar bapa:

a) Kemahiran menjadi suami yang disayangi, dihormati dan disanjungi
oleh pasangan masing-masing.
b) Ia merangkumi kemahiran memahami perasaan isteri, menghormati
perbezaan pendapat yang mungkin berlaku dan seterusnya kebolehan
menyusun strategi bersama pasangan dalam mendidik serta membangunkan
keluarga atau dalam kata lain, prihatin, bijak juga matang
c) Pepatah ada mengatakan bahawa "hadiah terbaik dari seorang bapa
kepada anaknya adalah menyayangi ibu mereka''. Lantas rasa itu
membentuk perasaan hormat anak kepada bapa yang langsung membenihkan
sifat kasih sayang kepada bapa.


(nie bapa kepada anak-anakku merangkap suami aku)


lelaki-lelaki tunjukkan sifat kasih-sayang dan rasa tanggungjawab tu pada keluarga jangan pulak pandai-pandai nak pikul tanggungjawab ''tak rasmi''...

coretan pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

hari pertama aku berceloteh kat blog..kalo korang rasa nak mengikuti blog aku SILAKAN.Nie cuma blog biasa jer,cerita-cerita yang biasa tentang aku,keluarga,kawan-kawan dan persekitarannya.Jadi akulah tuan umah blog nie jadi suka hati aku la cerita ape.....

Okey sebagai permulaan silalah menjamu mata anda dgn gambar ini



sbb nama samaran tuan punyer blog adalah Oreo Beskot jd silalah..he..he..he