Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
26 April 2011
anak manja
Oreo nk berkongsi beberapa prinsip pengasuhan untuk mengatasi anak manja sehingga diharapkan perilaku anak itu akan berubah.
Prinsip2 itu adalah:
1. Sediakan peraturan yang jelas utk anak. Contohnya ada waktu utk tidur, mkn, bermain, makanan yang boleh atau tidak boleh dimakan anak dan peraturan lain.
2. Anak boleh memilih tetapi pastikan bahawa pilihan tersebut mmg sesuai untuknya. Misalnya, bkn memberi pilihan utk tido siang atau tidak, kerana anak pasti akan menjawab tidak. Namun pilihan untuk tidur siang atau berehat di kamar sambil membaca buku.
3. Terlalu byk larangan akan menyebabkab anak tidak percaya diri dan takut untuk mengeksplorasi persekitaran.
4. Peraturan harus konsisten dan jangan menyerah pada rengekan anak, ibu bapa harus bersikap tegas terhadap peraturan yang telah dibuat.
5. Konsekuensi terhadap perlanggaran peraturan harus diberikan sesegera mungkin
6. Beri penghargaan atas setiap kejayaan anak dan jika anak bersabar atas larangan ibu bapa
7. Biarkan anak berekplorasi, namun pastikan bahawa persekitaran selamat untuk anak.
8. Dorong anak untuk melakukan sesuatu sendiri sesuai dgn tahap usianya. Misalnya membuka seluar sendiri utk anak berusia tiga tahun, menyiapkan keperluan sekolah sendiri utk anak berusia tujuh tahun. Beri tanggungjawab pada anak sesuai dgn usianya.
Labels:
anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment