suami mithali bapa mithali memang menjadi idaman perempuan di seluruh pelusuk dunia. Siapa yang tak nak ''berlakikan''ciri-ciri yg macam tu. Jujur saya katakan, zaman nie sukar untuk mencari lelaki yang berkualiti sedangkan nilai itu lebih penting berbanding $$$$. Anak dan bapa tidak seharusnya terbatas oleh jarak pemisah. Nilai penting yang perlu ada dalam diri seorang bapa dan suami tentunya kesabaran dan bijak memahami sifat serta tingkah laku anak. Beruntung seorang wanita jika berdampingan dengan lelaki yang ringan tulang membantu kerja rumah, menguruskan anak, berkomunikasi dan tidak mengabaikan prestasi pendidikan anak. Hubungan yang rapat yang terbina mewujudkan satu situasi yang mana anak-anak lebih mendengar cakap, malah hormat terhadap bapanya.
Dalam Islam kemuliaan status bapa dinyatakan juga dalam hadis daripada Abdullah Ibn Amr, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:''keredaan Allah terletak kepada keredaan bapa dan kemurkaan Allah juga terletak kepada kemurkaan bapa.''(Hadis riwayat at-Tarmizi)
Kemahiran diperlukan seorang lelaki bergelar bapa:
a) Kemahiran menjadi suami yang disayangi, dihormati dan disanjungi
oleh pasangan masing-masing.
b) Ia merangkumi kemahiran memahami perasaan isteri, menghormati
perbezaan pendapat yang mungkin berlaku dan seterusnya kebolehan
menyusun strategi bersama pasangan dalam mendidik serta membangunkan
keluarga atau dalam kata lain, prihatin, bijak juga matang
c) Pepatah ada mengatakan bahawa "hadiah terbaik dari seorang bapa
kepada anaknya adalah menyayangi ibu mereka''. Lantas rasa itu
membentuk perasaan hormat anak kepada bapa yang langsung membenihkan
sifat kasih sayang kepada bapa.
(nie bapa kepada anak-anakku merangkap suami aku)
lelaki-lelaki tunjukkan sifat kasih-sayang dan rasa tanggungjawab tu pada keluarga jangan pulak pandai-pandai nak pikul tanggungjawab ''tak rasmi''...
No comments:
Post a Comment