5 May 2011

Saya seorang manusia, saya bukan hamba, saya bukan untuk dijual

Di Mana Pemerdagangan Orang Terjadi

- Pemerdagangan Orang di dalam negara/negeri/lokasi
- Mangsa yang diperdagangkan di dalam negara sendiri
- Pemerdagangan Orang Merentas Sempadan
- Mangsa diperdagangkan di negara asing

Pemerdagangan Orang Adalah Pencabulan Hak Asasi Manusia
Mangsa Pemerdagangan Orang:
- Dinafikan hak kpd kehidupan, kebebasan dan keselamatan
- Dinafikan hak kepada Kesihatan
- Dinafikan kebebasan utk bergerak
- Diperlakukan spt hamba
- Diberi layanan kejam dan tidak berperikemanusiaan

Jika Anda Mangsa Pemerdagangan Orang

Kerajaan Malaysia mempunyai kewajipan utk melindungi anda kerana:

- Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) memperuntukan perlindungan kpd mangsa pemerdagangan org dan
- Malaysia adalah negara anggota kpd Protokol Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) utk mencegah,menumpas dan menghukum Permerdagangan Orang terutamanya Permerdagangan Wanita dan Kanak-Kanak, tambahan kpd Konvensyen PBB menentang Jenayah Transnasional Terancang.

Jika Anda Mangsa Yang Diselamatkan

Anda mempunyai hak:
- Dilayan dgn hormat dan bermaruah
- Perlindungan perundangan
- Tempat perlindungan yang sewajarnya
- Keselamatan dan perlindungan fizikal
- Penjagaan dan sokongan kesihatan fizikal dan psikologi
- Perlindungan privasi dan identiti
- Akses kpd perkhidmatan dan wakil diplomatik dan konsul.

Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Diperdagangkan
- Jangan menerima tawaran pekerjaan drpd ejen-ejen pekerjaan tidak berdaftar
- Pastikan ejen-ejen pengambilan pekerja telah diberi kuasa sah oleh bakal majikan/Kerajaan utk merekrut pekerja
- Periksa dgn Pejabat Pendaftar/Jabatan Buruh/pihak berkuasa berkaitan utk memastikan kesahihan status/kuasa ejen-ejen pekerjaan dan bakal majikan adalah sah
- Minta dan simpan salinan kontrak pekerjaan dari majikan
- Jangan serahkan pasport/Kad Pengenalan diri kepada ejen atau majikan. Sekiranya anda dipaksa utk menyerahkah dokumen perjalanan/dokumen pengenalan diri kepada majikan,maklumkan segera kpd agensi penguatkuasa atau kpd Kedutaan sekiranya anda berada di negara asing.
- Elakkan kemasukan tanpa izin ke negara lain kerana ia meningkatkan risiko dieksploitasi.


Sekiranya anda berada di Malaysia dan merupakan mangsa pemerdagangan orang atau mengesyaki sebarang aktiviti pemerdagangan orang

BUAT LAPORAN
- Di balai Polis berdekatan
- Hubungi talian kecemasan (999)

DAPATKAN PERLINDUNGAN
- Hubungi talian hotline Nur (15999)
- Hubungi TENAGANITA ActionLine
(0123350512/0123395350
- Hubungi Pertubuhan Pertolongan Wanita
(0379575636/0636)

No comments: