Di Mana Pemerdagangan Orang Terjadi
- Pemerdagangan Orang di dalam negara/negeri/lokasi
- Mangsa yang diperdagangkan di dalam negara sendiri
- Pemerdagangan Orang Merentas Sempadan
- Mangsa diperdagangkan di negara asing
Pemerdagangan Orang Adalah Pencabulan Hak Asasi Manusia
Mangsa Pemerdagangan Orang:
- Dinafikan hak kpd kehidupan, kebebasan dan keselamatan
- Dinafikan hak kepada Kesihatan
- Dinafikan kebebasan utk bergerak
- Diperlakukan spt hamba
- Diberi layanan kejam dan tidak berperikemanusiaan
Jika Anda Mangsa Pemerdagangan Orang
Kerajaan Malaysia mempunyai kewajipan utk melindungi anda kerana:
- Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) memperuntukan perlindungan kpd mangsa pemerdagangan org dan
- Malaysia adalah negara anggota kpd Protokol Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) utk mencegah,menumpas dan menghukum Permerdagangan Orang terutamanya Permerdagangan Wanita dan Kanak-Kanak, tambahan kpd Konvensyen PBB menentang Jenayah Transnasional Terancang.
Jika Anda Mangsa Yang Diselamatkan
Anda mempunyai hak:
- Dilayan dgn hormat dan bermaruah
- Perlindungan perundangan
- Tempat perlindungan yang sewajarnya
- Keselamatan dan perlindungan fizikal
- Penjagaan dan sokongan kesihatan fizikal dan psikologi
- Perlindungan privasi dan identiti
- Akses kpd perkhidmatan dan wakil diplomatik dan konsul.
Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Diperdagangkan
- Jangan menerima tawaran pekerjaan drpd ejen-ejen pekerjaan tidak berdaftar
- Pastikan ejen-ejen pengambilan pekerja telah diberi kuasa sah oleh bakal majikan/Kerajaan utk merekrut pekerja
- Periksa dgn Pejabat Pendaftar/Jabatan Buruh/pihak berkuasa berkaitan utk memastikan kesahihan status/kuasa ejen-ejen pekerjaan dan bakal majikan adalah sah
- Minta dan simpan salinan kontrak pekerjaan dari majikan
- Jangan serahkan pasport/Kad Pengenalan diri kepada ejen atau majikan. Sekiranya anda dipaksa utk menyerahkah dokumen perjalanan/dokumen pengenalan diri kepada majikan,maklumkan segera kpd agensi penguatkuasa atau kpd Kedutaan sekiranya anda berada di negara asing.
- Elakkan kemasukan tanpa izin ke negara lain kerana ia meningkatkan risiko dieksploitasi.
Sekiranya anda berada di Malaysia dan merupakan mangsa pemerdagangan orang atau mengesyaki sebarang aktiviti pemerdagangan orang
BUAT LAPORAN
- Di balai Polis berdekatan
- Hubungi talian kecemasan (999)
DAPATKAN PERLINDUNGAN
- Hubungi talian hotline Nur (15999)
- Hubungi TENAGANITA ActionLine
(0123350512/0123395350
- Hubungi Pertubuhan Pertolongan Wanita
(0379575636/0636)
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
5 May 2011
4 May 2011
Menuju Puncak
Demam AF sudah bermula. Makcik-makcik,cik kak-cik kak, pakcik-pakcik tk lupe jgk budak-budak sbuk skrg memperkatakan AF. AF skrg dah af9. Dengar-dengar tahun nie dh tahun terakhir af. Akhir ke awal ke tkde kena mengena dgn Oreo. Tapi yang tk bestnya abisla TV pada Sabtu mlm Ahad dikuasai oleh 2 org anak dara Oreo. Punahlah harapan nk tgk Cerekarama pukul 10 dan juga Majalah 3.Maka dalam keterpaksaan tgk jgklah AF tu. mmm apa yg Oreo boleh komen si Fina tu suara best. Mungkin dia akan jd juara AF tahun nie. Yang lain tu terletak pd tangan pengundi2 tegar (bkn Oreo yer,sy sayang kredit maxis saya).
Maka pada cuti hari pekerja (gantian hari isnin) oreo membawa si anak dara nie pi tgk bebudak AF belajar kt umah kaca di Aeon Setiawangsa senang cite Jusco (jgn tk tahu tmpat Oreo tabur zakat)
(gambar pertama harus muka Rozita Che Wan versi Oreo Beskot.abaikan stokin anak yang tanggal tu)
Orang ramai giler.Seronok kot tgk gaya,mutu,keunggulan diorg nie
salah sorang budak tgh belajar nyanyi....(DO...RE...MI...PA...SO...)
Ning Baizura
kelas Adlin
budak comot
budak bucuk
suara si Fina nie best lagi power...
Tenaga Pelajar
bebudak AF 9 (yg kena kuar adalah laika,eka,miza,raqib dan yg kena tendang adalah aida dan amir)
fina dan hazama yang dibawa masuk
pengetua AF 9
3 May 2011
Mari Makan
cuti-cuti 3 hari Oreo takde pun buat benda-benda menarik. Macam biasa time cuti la nak settlekan kerja-kerja rumah (mengemas,membasuh,memasak). Tak payah la Oreo nak cite panjang lebar kan keje-keje tersebut. Weekdays mmg buat keje-keje tersebut tapi asal buat jer. Pompuan-pompuan yang berkerjaya mcm Oreo jer faham kan...kan..kan (mcm berkerjaya sangat). Kalo dah cuti, haruslah bertapa kat dapur bagi seluruh seisi keluarga kenyang kan...
Oreo kongsi la apa yang menjadi habuan perut sekeluarga (gambar-gambar adalah digoogle) tk smpat amik gambar dh selamat dimakan... Nie semua masakan untuk 3 ari yer.
walaupun tkde la sehebat chef-chef tapi bolehla mengenyangkan seisi keluarga. Simple tapi menyelerakan. . .bolehla buat orang kampung mcm Oreo nie.
Oreo kongsi la apa yang menjadi habuan perut sekeluarga (gambar-gambar adalah digoogle) tk smpat amik gambar dh selamat dimakan... Nie semua masakan untuk 3 ari yer.
walaupun tkde la sehebat chef-chef tapi bolehla mengenyangkan seisi keluarga. Simple tapi menyelerakan. . .bolehla buat orang kampung mcm Oreo nie.
Subscribe to:
Posts (Atom)